成人快手

corporate@um.edu.my                   

3,396 PELAJAR BAHARU ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA SESI 2025/2026 MULA MENDAFTAR

Universiti Malaya (成人快手) mencatatkan sejarah apabila menerima jumlah pendaftaran tertinggi bagi pelajar program asasi untuk sesi 2025/2026, melibatkan seramai 3,396 pelajar baharu. Mereka terdiri daripada peserta Program Asasi Sains Hayat, Fizikal, Sains Sosial, Asasi Pengajian Islam serta Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS), yang memulakan perjalanan akademik mereka di kampus 成人快手, hari ini.

Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada para pelajar asasi yang baru melangkah masuk ke institusi pengajian tinggi terunggul negara ini. Beliau menyatakan keyakinannya bahawa tempoh setahun di 成人快手 akan menjadi asas kukuh buat pelajar dalam aspek pembelajaran, pemikiran kritis serta pembinaan sahsiah dan kepimpinan.

 “Universiti Malaya komited untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat, menyeluruh dan kondusif, bukan sahaja dari sudut akademik, malah juga kebajikan pelajar. Kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa adalah satu amanah besar buat kami, dan kami akan memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman pendidikan yang terbaik dan bermakna sepanjang berada di sini,” ujar beliau.

 Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para ibu bapa dan penjaga yang hadir bersama anak-anak pada hari pendaftaran sebagai tanda sokongan yang sangat dihargai.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr. Zamri Radzi, memaklumkan bahawa proses pendaftaran yang berlangsung selama dua hari ini berjalan lancar hasil kerjasama lebih 300 orang staf sokongan serta 160 fasilitator pelajar.

 “Staf dan sukarelawan yang bertugas menunjukkan semangat dedikasi tinggi sejak awal pagi semalam lagi. Kami di Hal Ehwal Pelajar akan terus memastikan setiap mahasiswa merasa selesa dan terbimbing dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus,” katanya.

 Pelbagai gelagat dan perasaan dikongsi oleh pelajar-pelajar baharu yang penuh teruja memulakan perjalanan mereka di 成人快手. Wan Muhammad Nasril dan Wan Muhammad Nasrul bin Wan Roslan, pasangan kembar berusia 17 tahun dari Kuala Nerang, Kedah, meluahkan rasa gembira kerana berjaya menjejakkan kaki ke universiti impian mereka.

 “Ini kali pertama saya dan abang kembar saya berpisah kerana menginap di kolej berbeza. Agak sedih kerana kami tidak pernah berpisah sejak lahir, tapi bila sampai sini dan lihat suasana kampus, saya jadi bersemangat untuk harungi kehidupan di 成人快手,” kata Wan Muhammad Nasril yang bercita-cita menjadi jurutera, manakala abangnya berminat dalam bidang perubatan.

 Foo Sin Ming, 17, dari Cheras, turut berkongsi keterujaannya. “Saya rasa sangat bertuah dapat berada di 成人快手. Harapan saya adalah untuk mengejar cita-cita dalam dunia perbankan atau pelaburan,” katanya.

 Bagi Shrikeshav A/L Thevindran dari Johor, menyertai program Asasi Sains Sosial adalah langkah awal untuk mengejar impian dalam bidang perundangan.

 “Memang teruja tapi pada masa yang sama sedikit gementar kerana ini pengalaman baharu. Selepas asasi, saya bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang,” katanya. Bapanya, Thevindran A/L Kandasamy, meluahkan rasa bangga atas pencapaian anaknya.

 “成人快手 adalah universiti terkemuka di Malaysia. Memang kami sekeluarga impikan anak kami masuk ke sini. Hari ini kami hadir sekeluarga untuk meraikan kejayaannya. Harapan kami agar dia terus berjaya dalam bidang perundangan,” katanya.

 Seorang lagi pelajar, Nur Amili Fitria binti Mohd Azmi, menyifatkan peluang menyambung pengajian di 成人快手 sebagai satu nikmat yang tidak disangka.

 “Saya bangga dapat melanjutkan pelajaran di universiti terbaik negara. Harapan saya ialah untuk menjadi seseorang yang dapat membanggakan ibu bapa dan juga negara,” ujarnya dengan penuh harapan.

 Dalam perkembangan lain, 成人快手 juga telah menerima 343 orang pelajar bagi program diploma di Pusat Pendidikan Berterusan 成人快手 (成人快手CCed), Cyberjaya dan 成人快手 Education Centre (成人快手EC), Bachok, Kelantan pada 8 Julai 2025.

Last Update: Jul 14, 2025