成人快手

corporate@um.edu.my                   

CELCOMDIGI UNICONNECT WITH UNIVERSITI MALAYA: GROW WITH PURPOSE, BUILD WITH TRUST

The Center for Foundation Studies in Science (PAS成人快手), Universiti Malaya, hosted an inspiring engagement session under the CelcomDigi UniConnect with Universiti Malaya initiative, themed “S.A.F.E Internet: Building Trust in the Age of Digital Everything.” 

The event, held at PAS成人快手’s Auditorium, brought together over 450 participants comprising students and lecturers for an insightful discussion on digital safety, data privacy, and responsible online behaviour. 

Empowering Digital Awareness Among Youth 

The session was led by Stephanie Leong, Head of Change Management & Employer Brand, and Adeline Wok, CSR Specialist from CelcomDigi Berhad. Their engaging session covered key topics such as Safe Internet practices, anti-scam awareness, and the importance of future digital skills. 

Both speakers underscored the importance of building digital trust, especially in an era where online interactions dominate personal, academic, and professional spaces. 

S.A.F.E Internet: Advocating a Secure, Aware and Fair Digital Environment 

The programme also highlighted CelcomDigi’s S.A.F.E Internet initiative — an educational movement that promotes a Secure, Aware, and Fair Environment online. Through real-life examples and interactive discussions, students learned practical ways to safeguard their personal information, recognize online scams, and use technology responsibly. 

A Collaborative Step Toward a Safer Digital Malaysia 

This collaboration between CelcomDigi and Universiti Malaya reflects a shared commitment to nurturing a digitally resilient generation. By equipping youth with knowledge and ethical awareness, both institutions are contributing toward Malaysia’s vision of a safer, smarter, and more inclusive digital society. 

The programme concluded with an engaging Q&A session where students actively interacted with the speakers, discussing topics such as career opportunities, responsible digital citizenship, and the evolving digital landscape in Malaysia. 

----------------------------------------------------

CELCOMDIGI UNICONNECT BERSAMA UNIVERSITI MALAYA: MEMBANGUN DENGAN TUJUAN, MEMBINA DENGAN KEPERCAYAAN 

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PAS成人快手) telah menganjurkan satu sesi perkongsian di bawah inisiatif CelcomDigi UniConnect with Universiti Malaya bertemakan “S.A.F.E Internet: Building Trust in the Age of Digital Everything.” 

Program yang diadakan di Auditorium PAS成人快手 ini menghimpunkan lebih 450 peserta terdiri daripada pelajar dan pensyarah bagi perkongsian tentang isu-isu penting berkaitan keselamatan digital, privasi data serta tingkah laku bertanggungjawab di alam maya. 

Memperkasa Kesedaran Digital Dalam Kalangan Generasi Muda 

Sesi perkongsian tersebut dikendalikan oleh Stephanie Leong, Ketua Pengurusan Perubahan & Jenama Majikan, serta Adeline Wok, Pakar Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada CelcomDigi Berhad. Kedua-dua penceramah berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan amalan Internet Selamat, kesedaran anti-scam serta kemahiran digital masa hadapan. 

Mereka turut menekankan kepentingan membina kepercayaan digital dalam dunia yang semakin bergantung kepada interaksi dalam talian, bukan sahaja dalam konteks peribadi tetapi juga akademik dan profesional. 

Inisiatif S.A.F.E Internet: Mendidik Untuk Alam Maya yang Lebih Selamat 

Program ini turut memperkenalkan inisiatif S.A.F.E Internet oleh CelcomDigi — satu gerakan pendidikan yang menyeru kepada persekitaran dalam talian yang Selamat, Peka dan Adil (Secure, Aware and Fair Environment). Melalui perkongsian interaktif dan contoh dunia sebenar, para pelajar didedahkan dengan langkah-langkah praktikal untuk melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti penipuan dalam talian, serta menggunakan teknologi dengan lebih beretika dan bertanggungjawab. 

Kerjasama Strategik ke Arah Malaysia Digital yang Lebih Selamat 

Kolaborasi antara CelcomDigi dan Universiti Malaya ini mencerminkan komitmen bersama dalam membentuk generasi muda yang celik dan berdaya tahan digital. Melalui perkongsian 

ilmu serta kesedaran etika, kedua-dua institusi ini menyokong aspirasi negara ke arah mewujudkan masyarakat digital yang selamat, pintar dan inklusif. 

Sesi ini diakhiri dengan sesi soal jawab interaktif di mana para pelajar berpeluang bertukar pandangan dengan penceramah mengenai peluang kerjaya, tanggungjawab sebagai warganegara digital, serta masa depan landskap teknologi di Malaysia. 

CelcomDigi UniConnect with Universiti Malaya attended by Center for Foundation Studies in Science (PAS成人快手) students and lecturers / CelcomDigi UniConnect bersama Universiti 

Malaya dihadiri oleh para pelajar dan pensyarah dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PAS成人快手)

Last Update: Nov 13, 2025