成人快手

corporate@um.edu.my                   

成人快手 DAN KOPERASI WAWASAN BUKIT MAS TERAJUI PEMBANGUNAN LESTARI - MENJAYAKAN ASPIRASI BELANJAWAN 2026

Aspirasi Belanjawan 2026 yang menekankan pembangunan komuniti luar bandar, inovasi hijau dan pengukuhan ekonomi rakyat terus digerakkan melalui kolaborasi strategik antara Universiti Malaya (成人快手) dan Koperasi Wawasan Bukit Mas dengan penubuhan Pusat Penyelidikan Setempat di Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Kerjasama ini sejajar dengan fokus kerajaan untuk memperkukuh sektor koperasi sebagai pemangkin ekonomi rakyat serta memperluas penyelidikan berimpak tinggi yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat. Pusat tersebut bakal berfungsi sebagai hab penyelidikan dan inovasi tempatan yang menggabungkan kepakaran akademik dengan keperluan komuniti luar bandar.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, inisiatif ini melambangkan komitmen universiti dalam menyokong agenda nasional pembangunan mampan sebagaimana digariskan dalam Belanjawan 2026.

“Universiti Malaya komited untuk memastikan hasil penyelidikan dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat. Penubuhan pusat ini menjadi platform penyelidikan dalam bidang hidrologi, tenaga solar, teknologi hijau, akuakultur dan agro-pelancongan yang berimpak tinggi kepada masyarakat luar bandar

“Usaha ini turut menyokong sasaran kerajaan memperkukuh kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi dan sektor koperasi untuk melahirkan komuniti berpengetahuan, berdaya saing serta berorientasikan inovasi,” katanya.

Profesor Dato’ Seri Noor Azuan turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas sokongan padu terhadap koperasi serta peranan pentingnya dalam menjayakan inisiatif ini, yang disifatkan sebagai model terbaik kerjasama antara universiti dan masyarakat.

“Usaha seperti ini penting dalam menjayakan agenda pembangunan lestari dan inovasi sosial yang memberi impak jangka panjang kepada negara,” tambah beliau.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Wawasan Bukit Mas, Tuan Haji Md Eusope Ibrahim, menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh ekonomi setempat dan memperluas pembangunan komuniti luar bandar.

“Kerjasama ini bukan sekadar pemacu ekonomi, tetapi juga pemangkin kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat. Kami berterima kasih kepada SKM Negeri Kelantan serta semua pihak yang memberikan bimbingan dan dorongan berterusan kepada koperasi,” katanya.

Beliau turut berharap projek ini akan menjadi inspirasi kepada lebih banyak koperasi di Malaysia untuk meneroka bidang penyelidikan dan inovasi melalui kerjasama dengan institusi akademik bagi memperkukuh kemajuan komuniti setempat.

Pusat Penyelidikan Setempat Danau Tok Uban akan melaksanakan pelbagai kajian dan aktiviti pembangunan komuniti berfokuskan tenaga boleh baharu, teknologi hijau, agro-pelancongan dan inovasi sosial. Antara tiga projek penyelidikan utama di Kelantan ialah:

  1. Optimization of Distribution Power Loss;
  2. Kajian pengawalan pertumbuhan kiambang yang memberi kesan kepada operasi tenaga solar terapung; dan
  3. Projek Akuakultur yang berpotensi membangunkan model ekonomi berasaskan penternakan lestari.

Inisiatif ini diharap menjadi model kerjasama universiti–koperasi–komuniti yang boleh diperluas ke negeri-negeri lain, selaras dengan aspirasi Belanjawan 2026 untuk memperkukuh pembangunan inklusif dan lestari di seluruh negara.

 

Last Update: Oct 15, 2025