³ÉÈË¿ìÊÖ

corporate@um.edu.my                   

UNIVERSITI MALAYA AND UNIVERSITY OF TOKYO SIGN LANDMARK MOU TO ADVANCE ASEAN–JAPAN ACADEMIC INNOVATION

Universiti Malaya (³ÉÈË¿ìÊÖ) and the University of Tokyo have signed a landmark Memorandum of Understanding (MoU), establishing a strategic partnership to accelerate research, innovation, and human capital development. This collaboration strengthens Malaysia–Japan relations and contributes meaningfully to broader ASEAN–Japan integration in higher education and regional progress.

During an official visit to Tokyo, ³ÉÈË¿ìÊÖ Vice Chancellor Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman met with University of Tokyo President Professor Fujii Teruo to chart a forward-looking agenda centered on joint research and talent development. Focus areas include the digital economy, green energy transition, artificial intelligence, robotics, food and supply chain security, and semiconductor innovation.

At the core of this partnership are initiatives in student mobility, joint graduate programmes, and collaborative research supported by potential matching grants of up to USD 100,000. Both institutions are also exploring the launch of a structured scholarship programme to nurture globally competitive, research-driven scholars.

“The collaboration will further see the establishment of joint centres of excellence, enhanced academic-industry linkages, and co-developed platforms for regional policy engagement. It brings together the University of Tokyo’s global leadership in science and technology with ³ÉÈË¿ìÊÖ’s regional strength in digital transformation, sustainable development, and human capital empowerment.

“This is more than an institutional collaboration, it marks a strategic shift in how higher education shapes the future of our nations and the ASEAN region. We are proud to partner with Japan’s top university i driving regional innovation, policy dialogue, and global talent development.”

“Malaysia’s future competitiveness lies in our ability to collaborate, innovate, and lead. This partnership allows us to leverage Japan’s cutting-edge advancements while showcasing ³ÉÈË¿ìÊÖ’s growing impact across Southeast Asia and the Global South,” said Professor Noor Azuan.

The partnership is further strengthened by the involvement of the UaiTED Foundation, which plays a pivotal role in bridging academia and industry. UaiTED will support talent exchange, global skill-building, and a tri-sector partnership connecting ³ÉÈË¿ìÊÖ, the University of Tokyo, and private sector stakeholders.

He added that as Malaysia chairs ASEAN and Japan strengthens its position as a regional leader, this university-to-university alliance represents a timely model for strategic cooperation, innovation-led growth, and regional resilience.

“This MoU reflects our shared belief that the future of Asia will be shaped in classrooms, laboratories, and collaborative platforms. We are planting the seeds for long-term impact, one that will benefit our students, researchers, industries, and nations for generations to come,” Professor Noor Azuan concluded.

This milestone agreement not only reflects the enduring strength of Japan–Malaysia relations but also reinforces ³ÉÈË¿ìÊÖ’s growing leadership in advancing high-impact academic collaboration across ASEAN and the Global South.

----------------------------------------------------------------------------------

PERJANJIAN BERSEJARAH ³ÉÈË¿ìÊÖ–UTOKYO PERKUKUH HUBUNGAN MALAYSIA–JEPUN DALAM PENDIDIKAN TINGGI

Universiti Malaya (³ÉÈË¿ìÊÖ) dan University of Tokyo telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersejarah yang membentuk satu kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, inovasi, dan pembangunan modal insan. Usaha sama ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Jepun, malah menyumbang secara signifikan ke arah integrasi pendidikan tinggi ASEAN–Jepun dan kemajuan serantau.

Dalam rangka lawatan rasmi ke Tokyo, Naib Canselor ³ÉÈË¿ìÊÖ, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman telah mengadakan pertemuan bersama Presiden University of Tokyo, Profesor Fujii Teruo bagi merangka agenda masa depan yang menumpukan kepada kerjasama penyelidikan dan pembangunan bakat. Bidang tumpuan utama merangkumi ekonomi digital, peralihan tenaga hijau, kecerdasan buatan, robotik, keselamatan makanan dan rantaian bekalan, serta inovasi semikonduktor.

Antara komponen utama kerjasama ini termasuklah inisiatif mobiliti pelajar, program pascasiswazah bersama, dan projek penyelidikan kolaboratif yang disokong oleh geran padanan berjumlah sehingga USD 100,000. Kedua-dua institusi juga sedang meneroka pelaksanaan program biasiswa berstruktur bagi melahirkan cendekiawan global yang kompetitif dan berorientasikan penyelidikan.

“Kerjasama ini turut melibatkan penubuhan pusat kecemerlangan bersama, pengukuhan jaringan akademik-industri, serta pembangunan platform kolaboratif untuk penglibatan dasar serantau. Gabungan kekuatan global University of Tokyo dalam bidang sains dan teknologi serta kepakaran serantau ³ÉÈË¿ìÊÖ dalam transformasi digital, pembangunan mampan dan pemerkasaan modal insan menjadikan inisiatif ini amat strategik,” jelas Profesor Noor Azuan.

“Ini bukan sekadar kerjasama antara institusi, tetapi mencerminkan anjakan strategik dalam peranan pendidikan tinggi dalam membentuk masa depan negara dan rantau ASEAN. ³ÉÈË¿ìÊÖ berbesar hati menjalin kerjasama bersama universiti terbaik Jepun dalam memacu inovasi serantau, memperkukuh dialog dasar, dan memperkasa pembangunan bakat global.”

Beliau turut menegaskan bahawa masa depan daya saing Malaysia terletak pada keupayaan untuk bekerjasama, berinovasi dan menerajui perubahan. Kerjasama ini membuka ruang untuk ³ÉÈË¿ìÊÖ memanfaatkan kemajuan teknologi terkini dari Jepun, di samping menonjolkan impak ³ÉÈË¿ìÊÖ yang kian berkembang di Asia Tenggara dan Selatan Global.

Kerjasama ini turut diperkukuh menerusi penglibatan Yayasan UaiTED yang berperanan sebagai jambatan antara sektor akademik dan industri. Yayasan ini akan menyokong pertukaran bakat, pembangunan kemahiran global, serta membina kerjasama tiga sektor melibatkan ³ÉÈË¿ìÊÖ, University of Tokyo dan pihak industri.

Naib Canselor juga menambah bahawa dalam konteks Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dan Jepun yang semakin kukuh sebagai peneraju serantau, kerjasama antara dua institusi ini menjadi model tepat bagi kerjasama strategik yang berpaksikan inovasi dan ketahanan serantau.

“MoU ini mencerminkan keyakinan bersama bahawa masa depan Asia akan dibentuk melalui bilik kuliah, makmal, dan platform kerjasama. Kita sedang menyemai benih untuk impak jangka panjang yang akan memberi manfaat besar kepada pelajar, penyelidik, industri dan negara untuk generasi akan datang,” ujar Profesor Noor Azuan.

Perjanjian bersejarah ini bukan sahaja mencerminkan keutuhan hubungan Malaysia–Jepun yang berterusan, malah memperkukuh kedudukan ³ÉÈË¿ìÊÖ sebagai peneraju dalam mengembangkan kerjasama akademik berimpak tinggi di seluruh rantau ASEAN dan Selatan Global.

Last Update: Jul 14, 2025